Rabu, 25 Jun 2014

KESIMPULANYA BLOG AKU JADI BLOG COPY PASTE JUGAK!!!!!! NAK WAT MCM MANA AKU BACA PAPAE YANG MENARIK THEN AKU COPY KAT SINI.....HEHEHEHEHHE


KHASIAT KURMA

Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya amat sinonim dengan kisah sirah baginda.
Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan
Al-Mukminah ayat 19
Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“.
Sabda Rasulullah SAW
Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.
Apakah antara khasiat utama kurma?
1) Paling pantas diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera
Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air
Hadis riwayat Ahmad
Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.
2)  Kaya dengan serat dan potassium
Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.
Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.
3)  Penguat memori
Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.
Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”
Surah Maryam, ayat 25
Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).
5) Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”
6) Merawat penyakit
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
7) Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.

IBU KEJAM

Ibu tiri dera anak perempuan, masukkan cili dalam kemaluan | KAJANG: Seorang ibu tiri sanggup mendera anak perempuannya, 11, dengan memasukkan cili yang ditumbuk lumat sebelum memasukkan ke dalam kemaluan dan mulut mangsa dalam kejadian di Tasik Kesuma, Beranang pagi Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, perbuatan kejam ibu tiri, 31, terbabit turut disaksikan dua beradik serta nenek mangsa yang sudah uzur namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa.

Difahamkan ketika kejadian bapa mangsa tiada di rumah kerana urusan kerja.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, hasil pemeriksaan mendapati ibu tiri mangsa pernah mendera mangsa sejak setahun lalu dengan menekap sudu panas ke badan mangsa sehingga meninggalkan kesan parut.

"Tidak tahan dengan perbuatan ibu tirinya itu, mangsa kemudian nekad pergi ke rumah ibu saudara yang tinggal di kawasan berhampiran dan menceritakan kejadian yang dialami sebelum bertindak membuat laporan polis sebelum suspek ditahan jam 4 petang pada hari yang sama," katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata, suspek berusia 31 tahun itu ditahan reman selama tiga hari bermula hari tangkapan dan dilanjutkan sehingga Khamis ini.

AMBANG RAMADHAN

Selasa, 3 Jun 2014

Insan Yang Diperkenan Dan Ditolak Doanya



dipetik dari http://farraoshin.blogspot.com/2009/11/insan-yang-diperkenan-dan-ditolak.html
Sahabat yang dikasihi, entri kali ini sekadar ingin berkongsi agar lebih padu pengetahuan rohani kita bersama. Doa adalah senjata utama umat islam, sesiapa yang tidak berdoa, maka dia adalah makhluk Allah yang takbur dan bongkak.
Pertama sekali saya ingin berkongsi tentang siapakah dia golongan yang doanya diperkenanoleh Allah.
1) Orang yang soleh
Orang yang sentiasa berbuat baik dan meninggalkan maksiat sudah tentu doanya dikabulkan oleh Allah kerana dosanya tidak banyak. Sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: "Doa orang yang soleh atau solehah tidak ditolak oleh Allah".
2) Orang tua yang sentiasa berbuat baik
Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Tabrani yang maksudnya: "Sesungguhnya Allah merasa malu kepada orang islam yang telah beruban, apabila dia benar-benar mengikuti sunnah Rasulullah, kemudian dia meminta sesuatu kepada Allah, tentu permintaannya akan ditunaikan".
3) Orang yang dizalimi
Orang yang dizalimi iaitu orang yang sedang teraniaya oleh pihak-pihak lain. Orang demikian doanya akan dikabulkan oleh Allah. Banyak keterangan yang menjelaskan tentang hal ini. Airmata orang yang teraniaya akan dijadikan oleh Allah sebagai banjir yang dapat membahayakan dan meruntuhkan keagungan maruah orang yang menganiayanya.
Bilamana Muaz bin Jabal hendak berangkat ke Yaman untuk berdakwah, Rasulullah berpesan maksudnya: "Takutlah kamu akan doa orang yang teraniaya, kerana sesungguhnya tiada dinding pemisah antara doa orang teraniaya dengan Allah"~ Hadis Riwayat Bukhari.
4) Orang yang sedang melaksanakan ibadah Haji
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Orang-orang yang sedang mengerjakan umrah dan haji adalah utusan Allah, seandainya mereka memohon, akan diperkenankan dan seandainya mereka meminta ampun, mereka akan diampunkan"~Hadis Riwayat Ibnu Majah.
5) Orang yang sedang berperang di jalan Allah
Doa orang yang sedang dalam jihad di jalan Allah, akan dkabulkan.
6) Orang yang sakit
Sabda Rasulullah maksudnya: "Tidak tertolak doa orang yang sedang sakit sehingga dia sembuh"~Hadis Riwayat Baihaqi. Oleh kerana itu, kita digalakkan menziarahi orang yang sedang sakit dan mintalah agar mereka berdoa untuk kita disamping kita mendoakan kesembuhan untuknya.
7) Orang yang mendoakan saudaranya
Doa akan termakbul bagi orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya.
8) Orang yang berpuasa
Orang yang berpuasa dengan penuh keyakinan dan pengharapan doanya akan dikabulkan oleh Allah dan diampunkan dosanya.
9) Penghafaz Al-Quran
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya bagi penghafaz-penghafaz Quran ada doa yang diperkenankan yang apabila didoakan dengan (sebab penghafaznya), maka diperkenankan."
Sudah tentu penghafaz yang dimaksudkan adalah para penghafaz yang memelihara hafalannya, bukan yang lupa setelah menghafaz.
10) Para Nabi
Para Nabi adalah manusia yang paling dekat dengan Allah dan doanya diperkenankan oleh Allah.
11) Ibu Bapa
Doa ibu bapa diperkenankan oleh Allah. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah maksudnya: "Doa ibu bapa untuk anaknya menembusi hijab". Sama ada doa ibu bapa itu baik atau kutukan untuk anaknya, semuanya diperkenan oleh Allah, kerana itu kita sebagai anak harus waspada dan janganlah mengundang kemarahan ibu bapa kerana setiap yang terlafaz dari mulutnya itu adalah doa yang pasti makbul.
12) Doa anak yang soleh untuk ibu bapanya.
Anak yang soleh dan solehah, bilamana dia berdoa maka akan diperkenan oleh Allah.
13) Doa orang yang sedang berpergian (musafir)
Sabda Rasulullah yang bermaksud: "tiga permohonan yang diperkenan tanpa diragukan, pertama, doa ibu untuk anaknya, kedua, doa orang musafir dan ketiga doa orang teraniaya~Hadis Riwayat Tirmizi.
14) Penguasa yang adil
Maksud penguasa yang adil ini adalah para pemimpin atau pemerintah yang menjalankan tugasnya sesuai dengan ketentuan hukum-hukum islam dan tidak menolak hukum-hukum Allah, maka doanya akan diperkenan.
Itu antara senarai golongan dimana doanya diperkenan oleh Allah, keduanya saya ingin berkongsi tentang siapakah dia golongan yang ditolak doanya.
Allah berjanji bahawa setiap permohonan yang dipanjatkan kepadaNya akan diperkenan dan diberi salah satu dari tiga macam. Pertama, segera dipenuhi hajat permohonan berkenaan, kedua, dijadikan sebagai penebus dosanya dan ketiga, disimpan untuk dipetik di akhirat kelak.
Di samping itu, ada juga permohonan yang ditolak Allah kerana:
1) Menggunakan barang-barang yang haram
Orang yang menggunakan barang-barang yang haram untuk keperluan hidup seperti pakaian dan makanan, maka doanya tidak akan diterima Allah.
2) Ingin segera dimakbulkan
Memohon kepada Allah tidak boleh minta disegerakan permohonannya (terburu-buru) seolah-olah Allah dipaksa untuk menurut kehendaknya.
3) Tidak yakin akan dimakbulkan
Seseorang yang memohon kepada Allah mestilah mempunyai anggapan yang baik bahawa doanya akan diterima. Bilamana keyakinan akan diperkenan doa itu tidak sepenuhnya, maka doanya tidak dikabulkan.
4) Memohon perkara yang batil
Doa yang bertujuan untuk merugikan pihak lain seperti memutuskan hubungan persaudaraan, menyingkirkan orang lain demi kepentingan sendiri dan perkara dosa lainnya tidak akan dikabulkan Allah.
Sahabat-sahabat yang saya kasihi, seorang hakim pernah ditanya oleh orang ramai: "Mengapa kami berdoa tapi tidak juga diterima, padahal Allah telah berfirman yang maksudnya: Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya Aku perkenankan"
Hakim itu menjawab: "Kamu telah melakukan tujuh perkara yang menyebabkan doamu ditolak."
~Kamu telah membaca Al -Quran tetapi tidak memperhatikan perintah-perintah dan larangan yang ada di dalamnya.
~Kamu telah melakukan amal yang menyebabkan kemurkaan Allah dan tidak bertaubat serta tidak menyesali perbuatanmu.
~Kamu berkata kami hamba Allah tetapi tidak berlaku taat seperti taatnya seorang hamba kepada majikannya.
~Kamu mengaku umat Muhammad tetapi tidak melakukan sunnahnya.
~Kamu telah mengaku bahawa dunia ini tidak berharga di sisi Allah walau sesayap nyamuk, tetapi kamu merasa tenteram dan seronok di dalamnya.
~Kamu berkata bahawa dunia ini akan hilang, tetapi kamu berbuat seakan-akan ingin hidup selama-lamanya.
~Kamu mengakui bahawa akhirat itu lebih baik daripada dunia, tetapi kamu tidak bersungguh-sungguh mencari bekal untuk akhirat.

oh doa...............

10 Sebab Doa Tidak Dimakbulkan!

Terdapat satu kisah yang berlaku pada zaman tabiin , seorang ulama sufi yang terkenal, Ibrahim Adham pernah di tanya mengapakah doa-doa mereka langsung tidak dimakbulkan oleh Allah SWT.

doa dimakbulkan Allah
Beliau menjawab,
“Terdapat 10 perkara kenapa doa-doa mereka tidak di makbulkan oleh Allah SWT, antaranya ialah:
  • Kamu kata kenal Allah SWT tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya (tanggung jawab kamu kepadaNya)
  • Kamu membaca al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengan ajarannya.
  • Kamu kata kamu kasihkan Rasulullah SAW, tetapi kamu tidak beramal dengan sunnahnya.
  • Kamu kata syaitan itu musuh seterumu, tetapi kamulah karibnya dan patuh padanya.
  • Kamu berdoa untuk masuk ke syurga Allah SWT, tetapi kamu tidak beramal dengan amalan yang membawa kamu ke syurga.
  • Kamu berdoa minta di jauhkan dari api neraka, tetapi kamu beramal dengan amalan yang akan mencampakkan kamu ke neraka.
  • Kamu kata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.
  • Kamu sibuk dengan keaiban saudaramu, tetapi kamu lupa dengan keaiban dirimu sendiri.
  • Kamu memakan nikmat Allah SWT, tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
  • Kamu kuburkan saudaramu yang sudah mati, tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.
Dengan itu maka taatlah akan Allah SWT,beramallah dengan Al-Quran, hidupkanlah amalan sunnah Rasulullah SAW, perangilah syaitan dengan penuh kesungguhan, berjalanlah di atas jalan menuju ke syurga, hindarilah dirimu dari masuk ke jalan ahli neraka.
Bersedialah untuk menghadapi maut, perbaikilah keaiban dirimu. Banyakkanlah meminta ampun (istighfar) dan bersyukur. Ingatlah kamu bahawa setiap diri di ikat oleh maut. Insya Allah, jika engkau demikian, maka doamu sentiasa di terima Allah SWT.”
Sahabat yang dirahmati Allah,
Marilah kita beramal dengan 10 amalan yang dinyatakan oleh Ahli Sufi Ibrahim Adham kerana kesemua perkara tersebut adalah ajaran Islam yang sepatutnya kita beramal dan melaksanakannya dalam kehidupan kita.
Jika kita istiqamah dengan Islam, melaksanakan semua perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya dan mematuhi sunah Rasulullah SAW dan menjaga hubungan kita sesama manusia maka yakinlah insya Allah doa-doa kita akan dimakbulkan oleh Allah SWT.
Kredit gambar : (studio9_adkise sade)