blog ini diwujudkan untuk menceritakan apa yang terlintas dihati untuk dikongsi
Isnin, 29 Oktober 2012
HAMPIR PADA-MU
apakah benar itu tanda dari-Mu ya Allah...apakah kebetulan 2 tanda tersebut...adakah telah sampai 2 petanda itu kepada ku tanda kasih Mu padaku...Ya Allah jika benar telah hampir tiba waktu ku untuk menerima jemputan untuk kembali ke sisi-Mu aku mohon ampun segala kesalahanku halalkan segala langkah ku dibumi ini dan tenangkan segala hati yang tidak mampu untuk hidup tanpaku..dan jika 2 petanda ini sekadar ujian dari-Mu aku mohon Engkau lindungi ku dari menzalimi diri sendiri....Amin.
Rabu, 17 Oktober 2012
MUARA HATI
Lirik Muara Hati – Siti Nurhaliza & Hafiz
Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia
Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati
Chorus
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu
Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali
Ulang Chorus
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta
Khamis, 4 Oktober 2012
KARNIVAL IT 2012 UKM ADALAH KARNIVAL BARANGAN TIRUAN
BANGI, 2 OKTOBER 2012- Telah berlangsung satu karnival IT sempena pesta konvo di dataran pusanika Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Karnival ini berlangsung selama 5 hari bermula pada 1 Oktober 2012 sehingga 5 Oktober 2012.
Karnival ini walaupun namanya sahaja "karnival" tetapi tidak lah semeriah erti "Karnival". Hanya beberapa booth kecil yang hanya disedia. Hal ini menyebabkan pelajar tidak mempunyai pilihan untuk memilih.
Perkara ini ditambah buruk lagi dengan HAMPIR kesemua gerai kelihatan seperti menjual barangan tiruan. Lihat saja pada beg laptop yang dijual terus menempakkannya tiruan. Sebenarnya penjualan barangan tiruan adalah salah disisi undang-undang seperti yang telah termaktub dalam Seksyen 3(1)(b) Akta perihal Dagangan 1972 kerana menjual barangan tiruan berjenama. Jika sabit kesalahan mereka kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya, manakala bagi kesalahan kedua, denda tidak melebihi RM200,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya bagi kes perseorangan. Bagi syarikat pula, denda tidak melebihi RM250, 000 dan kesalahan kedua pula denda tidak melebihi RM500,000.
Hal ini sangatlah memalukan kerana kesalahan ini dilakukan secara terbuka DI DALAM UNIVERSITI yang merupkan gedung ilmu. Tambahan UKM MEMILIKI FAKULTI UNDANG-UNDANG yang pasti terdapatnya ramai sarjana-sarjana yang pakar berkenaan undang-undang tetapi masih tidak mengambil berat akan hal ini.
Untuk makluman pihak universiti, sejak 5 tahun kebelakangan ini, hampir setiap kali karnival seperti ini berlangsung, ada sahaja pelajar yang ditimpa masalah. Masalah ini kerana adakala pelajar sendiri tertipu dengan barangan elektronik yang dijual seperti "pendrive" dan sebagainya. Pelajar yang telah membeli tetapi mendapati barangan itu tidak berkualiti dan rosak tidak diberikan hak untuk menukar barangan tersebut. Adakala pelajar pula dimaki dan dimarahi oleh peniaga karnival. Lebih melampau ada peniaga yang enggan mengeluarkan resit pembelian kepada pelajar walaupun diminta. Hal sebegini sebenarnya tidak wajar berlaku di dalam sesebuah universiti.
kesimpulnanya, pihak yang bertanggungjawab di UKM perlulah lebih peka terhadap "perkara yang dilihat seperti bukan masalah tetapi sebenarnya adalah jenayah perniagaan". Perkara-perkara seperti ini langsung tidak wajar dilakukan dan berlaku di Universiti. Kegagalan pihak universiti untuk membendung masalah ini sebenarnya akan mencalarkan imej UKM itu sendiri apatah lagi UKM merupakan salah sebuah univerti penyelidikan yang terkemuka di Malaysia.

Langgan:
Catatan (Atom)