Selasa, 31 Julai 2012

ILLUMINATI, ATAU ILUSI HATI?





Bulan Julai 2012, bulan yang mulia, bulan bermulanya Ramadhan al-Mubarak. Ia juga bulan temasya Sukan Olimpik London 2012.  Mungkin disebabkan Olimpik London tahun ini jatuh pada bulan Ramadhan, dan tuan rumah kali ini ialah orang Britain (“Omputeh”),  jadi ia telah mengundang perasaan tidak puas hati di kalangan orang Islam, seolah-olah pihak penganjur ingin menyusahkan (atau mencabar) umat Islam yang beribadat puasa. Namun ini bukan salah pihak mana-mana, kerana Sukan Olimpik Musim Panas memang akan diadakan sama ada Julai, Ogos atau September, tak lari daripada itu. Omputeh guna kalendar matahari, orang Islam menggunakan kalendar bulan, kebetulan tahun ini Olimpik jatuh pada bulan puasa. Itu sahaja, tiada konspirasi dan sebagainya.

Namun kontroversi tidak terhenti di situ. Apa yang penulis menyaksikan di alam siber Malaysia ialah kebanjiran thread-thread yang menuduh Olimpik 2012 sebagai “konspirasi ILLUMINATI.” Buka saja Facebook atau blog, macam-macam thread yang mengatakan terdapatnya “penemuan yang menakjubkan” mengenai Olimpik 2012 terpapar depan mata. Dan kebanyakan thread-thread begini dihasilkan oleh warga siber Malaysia. Temanya tak lari daripada terjumpanya simbol-simbol “Illuminati” dalam Sukan Olimpik 2012, dan dipercayai Sukan Olimpik tahun ini telah dimanipulasi oleh “Illuminati” laknatullah ini untuk memerangi umat Islam. Antara penemuan kaki-kaki blog dan FB ialah:

Mascot berunsur Illuminati: Ini bukan penemuan baru, malah orang Britain sendiri pun sudah lama mengutuk dua mascot yang bernama Wenlock dan Mandeville ini. Memang tak comel, malah boleh dikatakan pelik. Tapi apa yang menimbul kontroversi ialah reka bentuknya yang bermata tunggal. Bagi blogger ini, mascot ini merupakan bukti nyata Olimpik 2012 merupakan agenda “Dajjal” – makhluk satu mata yang dikatakan akan bermuncul pada akhir zaman.



Dajjal?

Reka bentuk stadium berunsur Illuminati: Stadium Olimpik dikatakan mengandungi unsur Illuminati – segi tiga di atas bumbung stadium dikatakan melambang piramid – simbol Illuminati yang utama.


Illuminati everywhere?

Majlis pembukaan berunsur Illuminati: Olimpik London dimulakan dengan persembahan pentas hampir satu jam. Walaupun tidak se-gah Olimpik Beijing 2008 yang berkos berbilion-bilion, namun ia telah memaparkan keunikan Bandar London dengan mempersembahkan sejarah ringkas Britain. Namun menurut kaki FB ini, persembahan tersebut bertujuan menghina Islam. Antara buktinya ialah terdapat babak yang menunjukkan bayi besar dan patung ahli sihir gergasi yang dikatakan melambang Nabi Musa dengan penuh penghinaan. Menurutnya, bayi gergasi di sungai itu melambangkan Nabi Musa (yang dijumpai di Sungai Nil) dan ahli sihir gergasi yang satu lagi juga melambangkan Nabi Musa kerana Nabi Musa dikatakan berketinggian 18 meter.
 


Zaman Nabi Musa dah ada wad dan lampu?


Ini Voldermot, bukan Nabi Musa.     
                                             
Tapi menurut ulasan luar negeri, bayi itu hanya melambangkan bayi – mana-mana bayi, untuk menggambarkan sistem hospital kebajikan NHS di Britain, sebahagian daripada sejarah Britain yang merupakan tema persembahan. Ini dapat dilihat dengan wad-wad di sekeliling bayi gergasi tersebut. Kenapa ada jururawat dan doctor berpakaian moden di sebelah “Nabi Musa?” tuan thread tersebut tak sebut kenapa. Dan dari sumber mana nabi Musa dikatakan berketinggian 18 meter?

Boleh dilihat di sini teori Illuminati telah tertanam dalam minda orang Melayu masa kini, terutamanya di kalangan orang-orang muda. Dengan kemudahan Internet, banyak “pengetahuan” telah diserap oleh orang-orang muda semasa dan menerimanya bulat-bulat tanpa mengesahkan maklumat-maklumat yang dibaca. Ramai peminat atau pendukung teori Illuminati mungkin tidak tahu, teori Illuminati dan New World Order sebenarnya merupakan produk orang Amerika. Teori ini dicipta oleh kumpulan-kumpulan konservatif populis sepeti John Birch Society sejak 1950-an lagi. Teori ini dimanipulasikan oleh golongan ini untuk menimbulkan wasangka orang awam terhadap elit politik dan ekonomi yang kebanyakannya terdiri daripada golongan liberal. Konsevatif populis ini menginginkan masyarakat yang homogeneous, beragama Kristian, dan mengamalkan isolasi dalam hubungan luar. Jadi mereka mendakwah kerajaan liberal dan imigren asing ini ejen Yahudi, nak mengadaikan kepentingan Amerika demi mewujudkan kerajaan dunia – “New World Order.” Buku-buku telah ditulis untuk mengelentong rakyat marhaen Amerika, namun dengan kemudahan Internet, teori ini telah tersebar ke negara kita.


Pat Robertson, pengarang buku New World Order (1991), Kristian ekstremis yang mengelentong orang dengan teori Illuminati.

Illuminati memang pernah wujud. Tetapi ia tiada kena mengena dengan konspirasi Yahudi. Dakwaan website ini bahawa Illuminati ialah “pertubuhan Yahudi terbesar di dunia yang bergerak secara rahsia tanpa dikethaui siapa menganggotainya" adalah tidak berasas dan setakat spekulasi. Sumber pengetahuan ialah sumber Internet yang dipasskan daripada pencipta dongeng di Amerika. Illuminati yang sebenar ialah sebuah organisasi politik di Jerman pada akhir abad ke-18. Masa itu idea-idea revolusi seperti kebebasan, demokrasi dan hak telah merebak ke seluruh Eropah, termasuk Jerman. Illuminati merupakan golongan yang menerajui reformasi politik dan sosial, yang ingin menamatkan pemerintahan mutlak raja dan gereja. Nama Illuminati berasal daripada illuminatus, perkataan Latin yang bermaksud “pencerahan,” sejajar dengan idea revolusi yang tercetus semasa Zaman Pencerahan (The Age of Enlightenment). Illuminati telah ditubuhkan pada 1776 dan bergerak di Bavaria, salah satu negeri Jerman, namun ia telah diharamkan oleh kerajaan Bavaria pada 1785 dan tidak lama lagi telah dibubar akibat buruan kerajaan. Reformasi politik Jerman hanya berlaku selepas Perancis menawan Jerman pada 1806. “Freemasons” juga mempunyai tujuan dan sifat yang hampir sama, cuma Freemasons ditubuhkan lebih awal, meliputi geografi yang lebih luas, dan lebih berpengaruh dan bertahan. Dua organisasi ini kekal menjadi simbol “pemberontak” dan “anasir” bagi golongan bangsawan dan konservatif di Eropah.


Pengasas Illuminati di Bavaria, Adam Weishaupt.

Ketaksuban pada teori Illuminati ini akan menimbulkan paranoia,. Asal jumpa bentuk tiga segi sahaja, mesti tertimbulnya “Illuminati” dalam otak. Ini menyebabkan kita menanam prasangka dan perasaan takut terhadap orang dan perkara yang tidak mempunyai niat buruk dan jahat. Contoh terbaik ialah persitiwa logo Awakening Records. bagi peminat-peminat Maher Zain mesti tahu logo syarikat rekod beliau itu akan ditayangkan sebelum setiap videonya. Logo Awakening ialah “A” yang sangat simple, sebab “A” berbentuk piramid, tiba-tiba Awakening Records telah dikaitkan dengan konspirasi Illuminati. Nasyid-nasyid indah yang dihasilkan oleh Maher Zain dan Sami Yusuf telah dilabelkan oleh peminat teori Illiminati ini sebagai propaganda Zionis, agenda Dajjal, mesin Illuminati dan berbagai-bagai.    


“A” atau Piramid?  

Menerima teori Illuminati secara bulat-bulat menunjukkan kita kekurangan kebolehan berfikir secara rasional. Ketaksuban teori Illuminati juga menjadikan Islam sempit. Tema Islam seolah-olah telah dihadkan kepada soal Dajjal, Yajuj dan Majuj, dan cara mengenalpasti musuh Islam. Soal Islam yang lebih penting dalam Islam telah diabaikan. Adakah iman kita terlalu lemah, setakat segi tiga boleh membawa kepada syirik dan kekufuran? 

Kita menggunakan terlalu banyak masa untuk menghadam simbol-simbol dan melabelkan perkara ini dan perkara itu sebagai “Yahudi,” “Dajjal,” dan sebagainya, kononnya nak membela orang Islam, namun kita tidak menggunakan masa untuk menjadi umat yang berjaya dan berdaya saing. Akhirnya kita menghabiskan masa di alam siber, menyebar cerita dongeng di FB – oh ye, mungkin FB ialah konspirasi Yahudi terbesar, jangan lupa Mark Zuckerberg ialah seorang Yahudi.    

Ahad, 29 Julai 2012

TATKALA DIRINYA MEMILIH JALAN YANG BERBEDA


The Road Not Taken

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference. 
Robert Frost

SEGALANYA MUNGKIN

mungkinkah sesuatu yang kita gembira untuk melakukan akan dilalui dengan sukar sebenarnya
mungkinkah sesuatu yang pada mulanya kita takut untuk melakukannya akan sebenarnya berakhir dengan gembira dan bahagia, segalanya mungkin. Sebab tu kadang kala kita tidak perlu untuk takut melakukan sesuatu dan tidak perlu untuk fikir sesuatu yang belum tentu berlaku. Cuma apa yang perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan dan sentiasa bijak mengatur langkah bila berada dalam situasi.

SESUATU YANG BIASA BERLAKU DALAM KEHIDUPAN.....


Weren't you the one that said
That you don't want me anymore
And how you need your space
And give the keys back to your door
And how I cried and tried
And tried to make you stay with me
But still you said the love was gone
And that I had to leave

(Now you) Talkin' bout a family
(Now you) Sayin' I complete your dream
(Now you) Sayin' I'm your everything
You're confusing me, what you say to me
Don't play with me, don't play with me, 'cause

What goes around, comes around
What goes up, must come down 
Now who's cryin', desirin' to come back to me 
What goes around, comes around 
What goes up, must come down 
Now who's cryin', desirin' to come back 

I remember when I was sittin' home alone 
Waiting for you 'til three o'clock in the morn 

And when you came home 
You'd always have some sorry excuse 
Half explaining to me 
Like I'm just some kind of a fool 
I sacrificed the things I want 
Just to do things for you 
But when it's time to do for me 
You never come through 

(Now you) Want to be up under me 
(Now you) Have so much to say to me, hey 
(Now) Want to make time for me 
What you do to me, your confusing me 
Don't play with me, don't play with me, 'cause 

What goes around, comes around 
What goes up, must come down 
Now who's cryin, desirin' to come back to me 
What goes around, comes around 
What goes up, must come down 
Now who's cryin, desirin' to come back 

I remember when I was sittin' home alone 
Waiting for you 'til three o'clock in the morn 
Night after night, knowing somethin' goin' on 
Wasn't long before I be g-g-gone 
Lord knows it wasn't easy, believe me 
Never thought you'd be the one that would deceive me 
And never do what you supposed to do 
No need to approach me boo, 'cause I'm over you 

What goes around, comes around 
What goes up, must come down 
Now who's cryin', desirin' to come back to me 
What goes around, comes around 
What goes up, must come down 
Gotta stop cryin', to come back to me


Khamis, 26 Julai 2012

GADIS YANG BERPATAH HATI


berkongsi pula sebuah lagu yang digemari dari penyanyi yang menjadi idola.lagu yang memberi seribu satu makna.
beyonce-broken  hearted girl

You're everything I thought you never wereAnd nothing like I thought you could've beenBut still you live inside of meSo tell me how is that
You're the only one I wish I could forgetThe only one I love to not forgiveAnd though you break my heartYou're the only one
And though there are times when I hate you 'cause I can't eraseThe times that you hurt me and put tears on my faceAnd even now while I hate you it pains me to sayI know I'll be there at the end of the day
I don't wanna be without you babeI don't wanna a broken heartDon't wanna to take breath without you babeI don't wanna to play that part
I know that I love you but let me just sayI don't wanna love you in no kinda wayNo, no, I don't wanna a broken heartAnd I don't wanna to play the broken-hearted girlNo, no, no broken-hearted girlI'm no broken-hearted girl
Something that I feel I need to sayBut up 'til now I've always been afraidThat you would never come aroundAnd still I wanna put this out
You say you got the most respect for meBut sometimes I feel you're not deserving of meAnd still you're in my heartBut you're the only one
And yes there are times when I hate you but I don't complain'Cause I've been afraid that you would walk awayOh, but now I don't hate you, I'm happy to sayThat I will be there at the end of the day
I don't wanna be without you babeI don't wanna a broken heartDon't wanna to take breath without you babyI don't wanna to play that part
I know that I love you but let me just sayI don't wanna love you in no kinda wayNo, no, I don't wanna a broken heartAnd I don't wanna to play the broken-hearted girlNo, no, no broken-hearted girl
Now I'm at a place I thought I'd never be, oohI'm living in a world that's all about you and me, yeahAin't gotta be afraid, my broken heart is freeTo spread my wings and fly away, away with youYeah, yeah, yeah, oh, oh
I don't wanna be without my babyI don't wanna broken heartDon't wanna to take breath without my babyI don't wanna to play that part
I know that I love you but let me just sayI don't wanna love you in no kinda wayNo, no, I don't wanna a broken heartI don't wanna to play the broken-hearted girlNo, no, no broken-hearted girl, broken-hearted girlNo, no, no broken-hearted girl, no broken-hearted girl 
Copied from MetroLyrics.com 





Selasa, 24 Julai 2012

DON'T BE AFRAID

satu hari ketika blog berapa di hampir dengan awan, terlintas dihati dengan tiba-tiba, don't be afraid of anything..just go where ever you want to go and do what ever you want to do, kehangatan matahari yang memancarkan lembayung nya ibarat ingin berbicara, silauan awan menempis lembayung ibarat sebuah kesabaran...alam yang sedang dilihat ibarat ingin berbicara.


  Mungkin bicaranya hanya untuk mereka yang ingin berfikir....

BALASAN

blog ingin berkongsi sebuah cerita, cerita benar yang bagi blog dapat membuktikan bahawa KARMA akan tetap berlaku...

   cerita bermula dengan seorang sahabat yang membuka ceritanya ketika beliau berada di darjah 3 salah sebuah sekolah. kesibukan dan kegagalan ibubapa untuk meluangkan masa menghantar anak pergi dan pulang ke sekolah menyebabkab sahabat ini terpaksa berjihad menimba ilmu ke sekolah dengan menggunakan perkhidmatan bus sekolah. Hari-hari dilalui dengan tabah. Pada suatu hari berlaku kejadian dimana sahabat telah dicabul kehormatan oleh pemandu bus sekolah yang pada ketika itu layak bergelar pakcik. ceritanya, ketika sedang menunggu untuk menaiki bus punggungnya diraba oleh "pakcik". walaupun rasa kurang selesa namun sahabat tetap tabahkan jua hari pada hari-hari mendatang untuk terus berjihad ke sekolah menggunakan perkhidmatan bus tersebut. Sahabat hanya diam tanpa memberitahu sesiapapun...hidup sahabat selamat kerana perkara yang lebih besar tidak berlaku keatas dirinya. Mungkin berkat kasih sayang Allah. 

   Dimanakah karma?? setelah sahabat hampir melupakan kisah tersebut setelah hampir bertahun-tahun berlalu. Sahabat melihat sendiri kepincangan yang berlaku terhadap keluarga "pakcik". anak perempuan pakcik jadi "lacikaru" boyfriends sana sini, akhirnya pelajaran terabai...gagal hidup....anak lelaki "pakcik" terlibat dalam penyalahgunaan dadah, pelbagai cara terpaksa "pakcik" buat untuk anaknya kembali sembuh..kemudian isteri "pakcik" pula sakit yang berlarutan dan lama yang akhirnya membawa kepada kematian, anak-anak "pakcik" tidak berubah walaupun kematian emak.

  Mungkinkah dengan "bala-bala" yang menimpa anak-anak ini adalah akibat dosa pakcik lakukan?? bayangkan tanpa memikirkan perasaan sahabat yang masih kecil sanggup pakcik bertindak sedemikian. Mungkinkah ini satu teguran daripada Allah kepada pakcik?? hanya Allah yang maha mengetahui lagi maha bijaksana dalam setiap takdir dan jalan cerita hambanya...
    

 

WANG..DUIT....SEGALA-GALANYA

persoalannya, sejauh mana kah kita sebagai manusia mampu untuk bersyukur dengan adanya wang, hari ini kita banyak dikhabarkan dengan banyak berita rasuah rompak ragut dan sebagainya yang semuanya berkaitan dengan wang, cuba renungkan sejenak, pernah kah anda melakukan dosa atau berlaku tidak jujur hanya kerana wang, tidak perlu lihat kepada hanya rasuah....renungkan pada diri-sendiri.....

Selasa, 17 Julai 2012

TAHNIAH BUAT ATLET TERENGGANU

SALAM

Tahniah kepada negari Terengganu atas kejayaan menjadi negeri johon dalam acara Sukma di Pahang.

Isnin, 16 Julai 2012

KAD DISKAUN SISWA LEBIH MEMBANTU BERBANDING BAUCER BUKU

SALAM

keputusan kerajaan untuk membantu para mahasiswa universiti tempatan agar beban sebagai seorang mahasiswa ataupun "pejuang" ilmu dapat dikurangkan dengan memberikan KAD DISKAUN dilihat lebih membantu golongan ini berbanding dengan pemberian baucer buku 1 Malaysia.

   Bukanlah tidak bersyukur dengan apa yang diberikan oleh kerajaan tetapi jika dikaji balik berkenaan baucer tersebut, pelbagai tindakan yang menyalahi undang-undang telah timbul. Contohnya, penjualan baucer tersebut untuk ditukarkan dengan wang ringgit, pembelian barang lain seperti beg laptop, dan sebaginya. Dengan kata mudah, mahasiswa melakukan pelbagai cara lain untuk mendapatkan wang dari baucer tersebut berbanding dari buju rujukan.

   Selain itu, dengan baucer ini mahasiswa tidak mempunyai banyak pilihan. Tidak semua kedai yang menawarkan buku rujukan yang sesuai dengan semua bidang pengajian. Adakalanya buku-buku rujukan tidak boleh didapati di kedai-kedai buku di Malaysia tetapi perlu di "oder" terus daripada penulis-penulis di universiti luar negara. Jadi, mahasiswa kebanyakkan hanya buku "apa yang ada je" dikedai untuk menebus baucer tersebut walaupun buku tersebut tidak menepati bidang pengajian.

   Bagi sesetengah keadaan, pelajar lebih selesa untuk meminjam buku terus daripada perpustakaan universiti berbanding membelinya. Perpustakaan universiti biasanya telah lengkap memenuhi keperluan mahasiswa. selain mahasiswa juga kebanyakkannya lebih bergantung kepada journal-journal online yang lebih terkini berbanding buku.

   Kadang kala bagi sesetengah subjek yang ditawarkan diuniversiti, pensyarah-pensyarah sendiri telah membekalkan bahan bacaan yang tidak memerlukan mahasiswa membeli buku rujukan.

   Seterusnya, didapati juga ada sesetengah pekedai yang bertindak mengambil kesempatan terhadap pemberian baucer ini, mereka telah menaikkan harga buku dan alat tulis kerana bagi mereka para pelajar akan juga mengambil barangan mereka tanpa memikirkan harga. Hal ini telah menguntungkan mereka. mungkin sebelum baucer 1 Malaysia ini diperkenalkan harga sebatang pencil adalah RM1 tetapi setelah baucer ini diperkenalkan harga menjadi RM1.50.

  Sebagai mahasiswa, kebajikan-kebajikan lain adalah lebih utama seperti yuran penginapan yang lebih rendah, harga makanan yang berpatutan, diskaun bagi pembelian laptop dan printer ataupun bayaran tambang yang rendah ketika mereka menggunakan pengankutan awam seperti rapid KL, monorail dan sebaginya. Juga kebanyakkan mahasiswa terbeban dengan tambang untuk pulang ke kampung dimusim-musim cuti semester. Mungkin dengan potongan harga tambang bagi bus ekspress atau kapal terbang (bagi pelajar semenanjung yang belajar di Sabah&Sarawak dan bagi pelajar Sabah dan Sarawak yang menuntut di Semenanjung) lebih membantu.

  Semoga "kad diskaun siswa" yang bakal diberikan oleh kerajaan dapat memenuhi kebajikan-kebajikan mahasiswa sedikit sebanyak sekaligus meringankan beban mahasiswa itu sendiri.

  kesimpulanya, kerajaan Malaysia dilihat telah banyak berusaha bagi memastikan mahasiswa anak malaysia mendapat keselesan yang paling maksima. Sebagai rakyat kita haruslah bersyukur atas kestabilan dan kecekapan kerajaan kita hari ini.

sekian.






RAMADHAH TIBA LAGI

Salam

kepada semua pengunjung blog ini "selamat menyambut Ramadhah Al-Mubaraq"
semoga dengan kesempatan yang diberikan oleh yang Maha berkuasa untuk kita sekali lagi bertandang dibulan ini sentiasa disyukuri oleh setiap umat manusia. Bulan yang penuh dengan keberkatan ini diharapkan dapat memberikan seribu satu sinar kepada setiap sudut kehidupan kita.

salam takzim
puteri ulek mayang

PENYAMPAIAN

blog ini diwujudkan bertujuan untuk aku menyampaikan semuanya...

keputusan

satu hari keputusan telah dibuat