JEMPUT SINGGAH KE
http://kedaibaranganasliterengganu.blogspot.com/
http://pejabatshakleeonline.blogspot.com/
blog ini diwujudkan untuk menceritakan apa yang terlintas dihati untuk dikongsi
Isnin, 23 Disember 2013
Isnin, 16 Disember 2013
KEDAI BARU KAMI
SILA-SILA KAN DIRI UNTUK BERKUNJUNG KE KEDAI-KEDAI KAMI
http://kedaibaranganasliterengganu.blogspot.com/
http://pejabatshakleeonline.blogspot.com/
Isnin, 2 September 2013
Jumaat, 7 Jun 2013
Petua Untuk Temuduga
Lelaki
- Rambut hendaklah disisir rapi dan berminyak supaya kelihatan lebih kemas.
- Pemilihan tali leher bergantung kepada baju kemeja yang dipakai.
- Baju berbelang:tali leher hendaklah sama warna dengan belang yang terdapat di baju anda.dan tali leher berkenaan hendaklah berwarna plain.
- Baju plain:tali leher hendaklah bercorak atau berbelang dan warnanya hendaklah masuk dengan baju.contoh:baju berwana hijau gelap,tali leher berwarna hijau terang
- Tidak dibenarkan memakai baju batik semasa sesi temuduga.walaupun sesi temuduga itu jatuh pada hari khamis dimana kakitangan kerajaan diwajibkan memakai baju batik pada hari khamis.
- Tidak dibenarkan memakai baju melayu walaupun sesi temuduga jatuh pada hari jumaat.
- Seelok-eloknya tidak memakai songkok atau kopiah semasa temuduga.
- Warna stokin hendaklah sama warna dengan seluar anda.
- Seluar digalakkan berwarna gelap seperti biru gelap dan hitam.dilarang memakai seluar jeans dan sebagainya.
- Kasut seelok-eloknya bertali dan jenis yang berkilat.kiwi kasut anda sebelum pergi temuduga.
- Digalakkan memakai jam tangan.
Wanita
- Berpakaian kemas ataupun seelok eloknya memakai kemeja wanita dan tidak terlalu mendedahkan atau seksi.
- Jika bertudung,pastikan tudung di pin dengan kemas dan biarlah menampakan muka anda(jangan pakai kulop).pastikan warna tudung masuk dengan warna bunga baju anda jika baju anda bercorak bunga dan masuk dengan warna belang di baju anda jikan baju anda berbelang.dan jika baju anda tidak bercorak(plain) warna tudung hendaklah seakan warna baju tetapi jangan sama,contoh:baju biru gelap,tudung hendaklah biru cair.
- Jika tidak bertudung,pastikan rambut disanggul rapi dan kemas.ini bertujuan mempamerkan perwatakan anda semasa kerja sama ada kemas dan teratur atau tidak.jangan suka menyelak anak rambut semasa ditemuduga.
- Tidak memakai eksesori keterlaluan seperti gelang emas sampai ke siku.dan tidak digalakan memakai gelang yang berloceng.ini akan menggangu sesi temuduga.
- Memakai kasut yang bertutup dan seeloknya memakai kasut bertumit.jika kasut anda jenis yang berkilat,pastikan kiwi dahulu sebelum ke sesi temuduga.
- Pemilihan warna stokin ialah berdasarkan warna kulit kaki anda.tidak terlalu kontra.
- Tidak memakai baju yang terlalu kontra seperti warna oren dan merah.
CONTOH SOALAN-SOALAN TEMUDUGA
- Apakah yang anda ingini 5 tahun daripada sekarang?
- Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang?
- Cerita sedikit tentang diri anda.
- Apakah yang dapat memotivasikan anda?
- Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan anda?
- Bagaimanakah anda menentukan/menilai kejayaan?
- Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami?
- Terangkan/huraikan perhubungan yang perlu terjalin antara penyelia dan orang-orang bawahannya.
- Apakah kelemahan-kelemahan anda?
- Adakah gred-gred yang anda capai semasa belajar menggambarkan kebolehan anda sebenar?
- Mengapakah patut kami memilih anda?
- Ceritakan satu pengalaman yang paling berguna kepada anda.
- Nyatakan 2 atau 3 perkara yang anda anggap penting dalam pekerjaan anda.
- Apakah matlamat dan tujuan jangka panjang dan jangka pendek anda? Bagaimana anda membuat persediaan untuk mencapainya?
- Yang mana lebih penting kepada anda : duit atau jenis pekerjaan.
- Apakah yang anda anggap sebagai kekuatan anda.
- Nyatakan 2 atau 3 pengalaman pencapaian yang telah memberikan anda kepuasan. Mengapa?
- Situasi bekerja yang bagaimanakah dapat memberikan keselesaan kepada anda?
- Bagaimanakah anda apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan? (work under pressure)
- Apakah kesulitan yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda dapat mengatasinya.
- Apakah yang anda telah pelajari daripada kesilapan-kesilapan pada masa-masa lalu?
- Apakah objektif kerjaya jangka panjang anda?
- Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat kerjaya anda?
- Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang yang berjaya?
- Apakah subjek yang anda paling minat dan paling tidak minat sekali? Mengapa?
- Apakah perubahan-perubahan yang anda akan lakukan semasa berada di kolej atau universiti? Mengapa?
- Apakah yang anda telah pelajari daripada penyertaan anda dalam aktiviti kokurikulum?
- Adakah anda mempunyai keutamaan tempat/lokasi anda bekerja? Mengapa?
- Apakah ganjaran terpenting yang anda jangkakan dalam kerjaya anda?
- Bincangkan sedikit tentang isu semasa yang berkait dengan kerjaya pilihan anda.
Sabtu, 1 Jun 2013
Sabtu, 4 Mei 2013
TARIKH LAHIR UNTUK SENTIASA DIINGATI DALAM KENANGAN
SEREMBAN: Maut pada hari lahir. Itu tragedi yang menimpa seorang mekanik apabila baru beberapa jam genap usianya 24 tahun sebelum terbabit dalam kemalangan maut di Kilometer 12, Jalan Seremban-Kuala Pilah di Bukit Putus, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, mangsa, Mohamad Yusof Zaharuddin dari Taman Bukit Mutiara, Kuala Pilah maut apabila motosikal ditunggangnya terbabas lalu merempuh sebuah kenderaan dari arah bertentangan.
Jurucakap polis berkata, mangsa yang dalam perjalanan dari Kuala Pilah ke Seremban maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
“Siasatan awal mendapati, mangsa gagal mengawal motosikal Honda EX5 ditunggangnya ketika tiba di satu selekoh sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung kereta Proton Saga BLM hingga tercampak 15 meter,’’ katanya, di sini, semalam.
Katanya, siasatan awal juga mendapat, mangsa ingin bertemu rakannya di Seremban bagi meraikan hari lahirnya.
GUNUNG SEMANGGOL - Sambutan hari lahir seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun bertukar tragedi apabila ditemui lemas dalam kolam renang sebuah pangsapuri di Bukit Merah Lake Town Resort, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, dalam kejadian jam 12.50 tengah hari itu, mangsa, Nurul Nasha Alia Khalid bersama ahli keluarga lain difahamkan baru sahaja tiba di pangsapuri itu untuk bermalam setelah pulang bercuti selama dua hari di Cameron Highland, Pahang.
Menurutnya, polis difahamkan keluarga mangsa baru selesai urusan pendaftaran masuk pangsapuri tersebut dan ke bilik sebelum mangsa bersama abangnya, Mohd Firdaus Khalid, 10, dikatakan pergi ke kolam renang pangsapuri itu tanpa pengetahuan ahli keluarga.
“Berdasarkan keterangan saksi, mangsa dikatakan mandi di kawasan kolam renang dewasa sebelum abangnya naik semula ke pangsapuri mereka untuk memaklumkan perbuatan mangsa.
“Seorang ahli keluarga lain segera keluar untuk melihat keadaan mangsa dan terkejut apabila mendapati mangsa dilihat terkapai-kapai di dalam kolam renang,” katanya kepada Sinar Harian.
Mat Fauzi berkata, abang mangsa kemudiannya segera meluru ke kolam renang itu untuk menyelamatkan mangsa dan memberikan bantuan pernafasan.
Bagaimanapun, bantuan pernafasan yang diberikan abang mangsa dan pasukan paramedik yang tiba ke lokasi kejadian gagal memulihkan keadaan dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian jam 1.15 petang.
“Mayat kanak-kanak itu kemudiannya dibawa polis ke Hospital Parit Buntar sebelum dituntut oleh ahli keluarga untuk dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan rumah mereka di Bandar Perda, Seberang Perai Tengah.
“Setakat ini, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut,” katanya.
Sementara itu, abang kedua mangsa, Mohd Faizal berkata, semua ahli keluarga termasuk kedua ibu bapanya terkejut dengan kejadian itu, lebih-lebih lagi hari kejadian merupakan tarikh hari lahir mangsa.
Menurutnya, tujuan mereka sekeluarga singgah ke pangsapuri itu selepas pulang bercuti di Cameron Highland selama dua hari adalah tuk meraikan hari lahir mangsa yang sebelum ini meluahkan keinginan untuk mandi kolam.
“Arwah juga menunjukkan kelakuan pelik sejak beberapa hari sebelum ini apabila sering bersikap acuh tak acuh dengan ahli keluarga lain selain suka menyendiri.
“Kami sekeluarga tidak menyangka percutian kami kali ini merupakan saat terakhir kami bersama arwah. Kami sekeluarga bersedih dengan pemergian arwah, bagaimanapun kami reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya.
Kolam ditutup sewaktu kejadian: Pengurusan Dalam pada itu, Pengurus Operasi Bukit Merah Laketown Resort, Baharin Baharudin berkata, kolam renang di pangsapuri itu sememangnya ditutup untuk kegunaan pelanggan sewaktu kejadian berlaku.
“Ketika kejadian berlaku, beberapa anggota penyelamat sedang melakukan kerja-kerja pembersihan bilik operasi sebelum mereka segera ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan ahli keluarga mangsa.
“Saya difahamkan mangsa sudah tidak bernyawa sewaktu diberikan bantuan pernafasan. Kami bersimpati dengan kejadian menimpa keluarga mangsa dan berharap mereka tabah menghadapinya,” katanya.
Sinar Harian 30 Jan 2013
Seorang pelajar Tahun Satu, Muhammad Faris Faizal Noor Hissham dari Sekolah Kebangsaan Pohon Tanjung, Pasir Mas terbunuh setelah tertembak pistol milik bapa saudaranya, Saufi Abd Wahab, 42. Peluru daripada pistol jenis Walter itu telah menembusi kepalanya malah turut mengenai dada seorang lagi bapa saudaranya, Helmi Ghazali, 32. Kes malang ini berlaku di rumah neneknya di Ketereh setelah selesai majlis kenduri kahwin ibu saudaranya, Syakirah Rifa’in, 25. Mangsa sempat menyambut hari jadinya secara kecil-kecilan beberapa jam sebelum nahas ini berlaku.
Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Klinik Kesihatan Ketereh, manakala Helmi yang juga kerani dilaporkan stabil dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Takziah buat keluarga arwah adik Muhammad Faris Faizal. Semoga tabah menghadapi ujian Allah. Al-Fatihah!
Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Klinik Kesihatan Ketereh, manakala Helmi yang juga kerani dilaporkan stabil dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Jenazah Muhammad Faris yang juga anak sulung daripada dua beradik dibawa ke HRPZ II untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Ketereh, petang semalam.
Ibu Muhammad Faris, Fadhilah Rifa’in, 27, berkata, dia menetap di Pasir Mas dan datang ke Ketereh untuk majlis perkahwinan adiknya dan pada masa sama sempat menyambut hari lahir anaknya dengan majlis kecil-kecilan.
Katanya, sebelum kejadian, dia berada di luar rumah mengemas meja dan kerusi sementara menanti pembekal khemah datang mengambil barangan yang disewa selepas selesai majlis perkahwinan adiknya.
“Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat. Sebaik masuk ke rumah, saya lihat anak saya terkulai di di atas lantai.
“Suasana menjadi kelam-kabut apabila seorang lagi ahli keluarga saya meraung kesakitan akibat luka di dada,” katanya ketika ditemui di bilik mayat HRPZ II, semalam.
Menurutnya, anaknya dibawa ke Klinik Kesihatan Ketereh sebelum disahkan meninggal dunia.
Katanya, masih terngiang-ngiang keletah anaknya apabila secara tiba-tiba bersolat sambil menjadi imam kepada adik lelakinya berusia lima tahun untuk tempoh tujuh hari berturut-turut, seminggu sebelum kejadian.
“Sambil bersolat, anak saya meletakkan buku panduan solat di depannya sambil membaca beberapa bacaan solat di dalam buku itu.
“Masih terngiang-ngiang juga betapa arwah anak yang baik apabila membentang ‘selimut toto’ setiap kali hendak tidur dan menyediakan pinggan untuk meletakkan makanan setiap kali pulang daripada pasar malam,” katanya sebak.
Fadhilah yang juga guru Yayasan Islam Kelantan dan mengajar di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Al-Falah di Pasir Mas berkata, beberapa hari sebelum kejadian, anaknya turut mengungkapkan ayat yang membuatkan dia terharu.
“Anak saya menyebut ‘kalau umi ada masalah, umi bagitahulah’.
“Betapa terharunya saya apabila anak sekecil itu mampu mengungkapkan ayat sedemikian kepada ibunya,” katanya.
Menurutnya, anaknya bijak kerana ketika berusia lima tahun sudah pandai membaca akhbar.
“Pelajarannya juga cemerlang sehingga guru dan guru besar bertanya apa rahsia saya memiliki anak sebijak itu. Apapun, saya reda dengan pemergiannya,” katanya.
Sementara itu, nenek Muhammad Faris, Norizan Abd Wahab, 46, berkata, selepas terdengar bunyi dentuman kuat di luar rumah, dia masuk ke dalam dan dan melihat Helmi meraung kesakitan, manakala cucunya dalam keadaan diam.
Petikan Harian Metro
Takziah buat keluarga arwah adik Muhammad Faris Faizal. Semoga tabah menghadapi ujian Allah. Al-Fatihah!
SEPERTI YANG DISANGKA
SEPERTI YANG DISANGKA...harijadiku berlalu tanpa ada apa pun yang istimewa...tiada apa pun yang menggembirakan....dan...aku masih menanti kek hari lahirku yang pertama dalam hidup....semoga tahun ni bukan tarikh lahir yang terakhir bagiku....2013 yang dahulu ku harapkan serba gembira....rupanya tidak....takdir aku dilahirkan dalam lingkungan orang-orang yang tidak mampu memberikan kasih-sayang....terima kasih semua....
Isnin, 18 Februari 2013
SAMA-SAMALAH KITA MENDOAKAN YANG TERBAIK BUAT MEREKA
Sesungguhnya Allah menguji hambanya hanya dengan ujian yang mampu ditanggung oleh setiap hambanya....
http://komuniti.gempakz.org/2011/06/kisah-kekejaman-keatas-kawanku-dirogol.html
blog mendoakan Allah memberikan balasan yang setimpal terhadap kekejaman yang telah dilakukan terhadap mangsa....blog juga mendoakan supaya arwah tenang berada disisi YANG MAHA MENGASIHANI dan YANG MAHA PENYAYANG.....AMIN...SESUNGGUHNYA ALLAH JUA TEMPAT KITA MEMOHON PERLINDUNGAN.
http://komuniti.gempakz.org/2011/06/kisah-kekejaman-keatas-kawanku-dirogol.html
blog mendoakan Allah memberikan balasan yang setimpal terhadap kekejaman yang telah dilakukan terhadap mangsa....blog juga mendoakan supaya arwah tenang berada disisi YANG MAHA MENGASIHANI dan YANG MAHA PENYAYANG.....AMIN...SESUNGGUHNYA ALLAH JUA TEMPAT KITA MEMOHON PERLINDUNGAN.
Rabu, 16 Januari 2013
TERINGIN RASA APA YANG MEREKA RASA
BESTNYA KALO JADI ORANG LAIN
SETIAP TAHUN TERIMA KEK HARI JADI
DARI ORANG YANG TERISTIMEWA
DARI MAK AYAH
DARI KAWAN-KAWAN
DARI ADIK BERADIK
TAPI AKU SEUMUR HIDUP AKU TAK PERNAH PUN ADA KEK HARI JADI
BUKAN SETAKAT TAK DA KEK
HADIAH PUN TAK XDA YANG ISTIMEWA
TAK PERNAH PUN ADA SAMBUTAN
DAN
YANG PALING PENTING TAK ADA SORANG PUN YANG INGAT
APA GUNA JADI KAWAN, APA GUNA JADI ANAK, APA GUNA JADI KEKASIH, APA GUNA JADI SAHABAT, APA GUNA JADI TEMAN KALO X DIHARGAI...
SETIAP TAHUN TERIMA KEK HARI JADI
DARI ORANG YANG TERISTIMEWA
DARI MAK AYAH
DARI KAWAN-KAWAN
DARI ADIK BERADIK
TAPI AKU SEUMUR HIDUP AKU TAK PERNAH PUN ADA KEK HARI JADI
BUKAN SETAKAT TAK DA KEK
HADIAH PUN TAK XDA YANG ISTIMEWA
TAK PERNAH PUN ADA SAMBUTAN
DAN
YANG PALING PENTING TAK ADA SORANG PUN YANG INGAT
APA GUNA JADI KAWAN, APA GUNA JADI ANAK, APA GUNA JADI KEKASIH, APA GUNA JADI SAHABAT, APA GUNA JADI TEMAN KALO X DIHARGAI...
JANJI TETAP JANJI
PERNAHKAH KITA MUNGKIR PADA JANJI? PERNAHKAH KITA SENGAJA MENABUR JANJI? PERNAHKAH KITA MENGHARGAI SEBUAH KEPERCAYAAN? PERNAHKAH KITA MEMBERIKAN ORANG YANG KITA SAYANGI RASA DIHARGAI?
LAGU NI MEMBERIKAN SERIBU SATU MAKNA DALAM METERJEMAHKAH RASA HATI
Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku yang telah lalu
Bersama berjanji sehidup semati
Kini tinggal hanyalah kenangan
Dikau hilang di mana gerangan
Tiada berita kudapati
Hanya ingatanku di masa yang lalu
Kasihanlah kepada ku sayang
Tiap hari jua wajahmu terbayang
Ampunkanlah segala dosaku
Seandainya kita tak lagi bertemu
Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku tetap bersemadi
Walaupun kau kini telah mungkir janji
Ingatanku tetap bersemadi
Walaupun kau kini telah mungkir janji
Kasihanlah kepada ku sayang
Tiap hari jua wajahmu terbayang
Ampunkan lah segala dosaku
Seandainya kita tak lagi bertemu
Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku tetap bersemadi
Walaupun kau kini telah mungkir janji
ingatkah kita semua akan janji-janji kita...
sy janji dengan awak...
ini janji saya pada awak....
saya takkan lupa apa yang saya cakap ni...
percayalah apa yang saya cakap ni...
saya akan ingat hal ini sampai mati...
ingat kah?
bukan nak ungkit...
hanya ingin ingatkan...
sebab kadang kala ada hal kita tidak boleh undur...
tak boleh dibeli...
yang penting tak boleh untuk sembuhkan luka dihati...
tak boleh ambik masa lain untuk ganti...
sebab ia takkan sama...
janji buat saya jadi..
kawan yang bersedih...
teman yang bersedih...
sahabat yang bersedih...
kekasih yang bersedih...
anak yang bersedih....
harap andai kata saya saya dah tiada lagi nanti...
semua orang yang berjanji dengan saya akan ingat apa yang pernah dijanjikan...Ampunkan lah segala dosaku
Seandainya kita tak lagi bertemu
maaf atas kesilapan lalu..
WASALAM
PENAGIH JANJI
LAGU NI MEMBERIKAN SERIBU SATU MAKNA DALAM METERJEMAHKAH RASA HATI
Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku yang telah lalu
Bersama berjanji sehidup semati
Kini tinggal hanyalah kenangan
Dikau hilang di mana gerangan
Tiada berita kudapati
Hanya ingatanku di masa yang lalu
Kasihanlah kepada ku sayang
Tiap hari jua wajahmu terbayang
Ampunkanlah segala dosaku
Seandainya kita tak lagi bertemu
Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku tetap bersemadi
Walaupun kau kini telah mungkir janji
Ingatanku tetap bersemadi
Walaupun kau kini telah mungkir janji
Kasihanlah kepada ku sayang
Tiap hari jua wajahmu terbayang
Ampunkan lah segala dosaku
Seandainya kita tak lagi bertemu
Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku tetap bersemadi
Walaupun kau kini telah mungkir janji
ingatkah kita semua akan janji-janji kita...
sy janji dengan awak...
ini janji saya pada awak....
saya takkan lupa apa yang saya cakap ni...
percayalah apa yang saya cakap ni...
saya akan ingat hal ini sampai mati...
ingat kah?
bukan nak ungkit...
hanya ingin ingatkan...
sebab kadang kala ada hal kita tidak boleh undur...
tak boleh dibeli...
yang penting tak boleh untuk sembuhkan luka dihati...
tak boleh ambik masa lain untuk ganti...
sebab ia takkan sama...
janji buat saya jadi..
kawan yang bersedih...
teman yang bersedih...
sahabat yang bersedih...
kekasih yang bersedih...
anak yang bersedih....
harap andai kata saya saya dah tiada lagi nanti...
semua orang yang berjanji dengan saya akan ingat apa yang pernah dijanjikan...Ampunkan lah segala dosaku
Seandainya kita tak lagi bertemu
maaf atas kesilapan lalu..
WASALAM
PENAGIH JANJI
Khamis, 3 Januari 2013
Langgan:
Catatan (Atom)
.jpg)

.jpg)
.jpg)


