untuk mendapatkan perlepasan kontrak bagi pelajar bekas tajaan JPA terutamanya dalam negara. Prosedurnya sangat mudah. Pelajar hanya perlu menghantar satu surat rasmi permohonan (format/ayat sendiri). Tidak memerlukan sebarang borang. Cuma dengan syarat telah menghantar borang lapor diri tamat pengajian. Pelajar juga dibenarkan untuk mengemaskini permohonan jawatan dengan SPA walaupun permohonan pelepasan kontrak biasiswa masih dalam proses. Hantar surat permohonan pelepasan kontrak ke alamat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pembangunan Modal Insan
(Unit Pengurusan Perjanjian)
Aras 4, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 W.P Putrajaya
Tel: 03-8885 3299/3453/3450
Setelah 2-3 hari surat dihantar blog cadangkan agar pemohon call JPA untuk sahkan samaada mereka terima atau tidak permohonan kita.
Sekian saja yang dapat blog bantu kepada semua bekas pelajar tajaan JPA yang berhasrat untuk memohon perlepasan kontrak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan