Rabu, 29 Ogos 2012

SRI WANI


Sri Wani berjaya ketepikan empat permohonan

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Pengusaha kecantikan yang jantinanya dipertikaikan oleh suami, Sri Wani Choo Abdullah berjaya mengetepikan empat permohonan suaminya di Mahkamah Syariah di sini hari ini.
Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan membatalkan empat permohonan suaminya, Dr. Bahrom Sanugi termasuk permohonan faraq nikah (dipisahkan perkahwinan) dan perintah mahkamah agar Sri Wani menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selepas meragui jantina sebenar wanita terbabit.
Mahkamah turut menolak permohonan komital dan perintah menegah Sri Wani daripada mengeluarkan kenyataan kepada pihak media yang difailkan oleh Bahrom.
Ends.


sumber utusan online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan