cerita bermula dengan seorang sahabat yang membuka ceritanya ketika beliau berada di darjah 3 salah sebuah sekolah. kesibukan dan kegagalan ibubapa untuk meluangkan masa menghantar anak pergi dan pulang ke sekolah menyebabkab sahabat ini terpaksa berjihad menimba ilmu ke sekolah dengan menggunakan perkhidmatan bus sekolah. Hari-hari dilalui dengan tabah. Pada suatu hari berlaku kejadian dimana sahabat telah dicabul kehormatan oleh pemandu bus sekolah yang pada ketika itu layak bergelar pakcik. ceritanya, ketika sedang menunggu untuk menaiki bus punggungnya diraba oleh "pakcik". walaupun rasa kurang selesa namun sahabat tetap tabahkan jua hari pada hari-hari mendatang untuk terus berjihad ke sekolah menggunakan perkhidmatan bus tersebut. Sahabat hanya diam tanpa memberitahu sesiapapun...hidup sahabat selamat kerana perkara yang lebih besar tidak berlaku keatas dirinya. Mungkin berkat kasih sayang Allah.
Dimanakah karma?? setelah sahabat hampir melupakan kisah tersebut setelah hampir bertahun-tahun berlalu. Sahabat melihat sendiri kepincangan yang berlaku terhadap keluarga "pakcik". anak perempuan pakcik jadi "lacikaru" boyfriends sana sini, akhirnya pelajaran terabai...gagal hidup....anak lelaki "pakcik" terlibat dalam penyalahgunaan dadah, pelbagai cara terpaksa "pakcik" buat untuk anaknya kembali sembuh..kemudian isteri "pakcik" pula sakit yang berlarutan dan lama yang akhirnya membawa kepada kematian, anak-anak "pakcik" tidak berubah walaupun kematian emak.
Mungkinkah dengan "bala-bala" yang menimpa anak-anak ini adalah akibat dosa pakcik lakukan?? bayangkan tanpa memikirkan perasaan sahabat yang masih kecil sanggup pakcik bertindak sedemikian. Mungkinkah ini satu teguran daripada Allah kepada pakcik?? hanya Allah yang maha mengetahui lagi maha bijaksana dalam setiap takdir dan jalan cerita hambanya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan