Khamis, 1 November 2012

SEJUKKAN MATA DENGAN BUNGAAN SEGAR

Bagi sesetengah pendapat memilih bungaan segar untuk hiasan meja adalah membazir kerana kos untuk satu jambangan bunga biasa akan melebihi rm30 dan ianya tidak tahan lama. Sudah layu dibuang.

Namun sebenarnya dengan memilih bunga segar sebagai hiasan ianya memberikan seribu satu kelebihan. Yang paling pasti ianya dapat menyejukkan mata apa bila dipandang, juga mampu untuk memberikan ketenangan kepada mata dan hati yang memandang. 

Susun atur bunga segar juga biasanya tidak menjadi hodoh walaupun tidak digubah. Bungaan ini tetap manarik walaupun sekadar diletakkan didalam pasu kaca. 

FAkta yang paling penting adalah benda yang ada unsur hidup biasanya dapat memahami perasaan anda. Jadi bila stress boleh juga luahkan perasaan anda kepada bungaan segar anda.

terdapat bebarap tip untuk membolehkan bungaan segar anda tahan lebih lama.

1- jangan letakkan bungaan anda ditempat yang terdedah kepada terik matahari atau yang terlalu berangin
2- tukar dan cuci pasu kasa anda setiap hari bagi mengelakkan kuman yang boleh menyebabkan batang bungaan menjadi buruk
3- renjis atau spray halus bungaan supaya sentiada segar
4- boleh masukan panadol ke dalam air rendaman. Panadol dikatakan mampu mengawal pembiakan bakteria yang boleh mempercepatkan batang bungaan teroksida serta membantu penyerapan air kedalam batang pokok secara osmosis. Hal ini memastikan bungaan dapat cukup air seterusnya tahan lebih lama.



 Bunga pilihan suami untuk dijadikan hiasa meja di pejabatnya




 Dua unsur hidup air dan tumbuhan yang diharapkan mampu memdamaikan hati suami ketika sibuk bekerja






Bungaan segar walaupun tidak digubah, hanya sekadar diletakkan ke dalam pasu ianya tetap cantik dipandang.





Jadi kepada anda, boleh lah mempertimbangkan untuk memilih bungaan segar sebagai objek hiasan utama meja pejabat atau ruangan rumah anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan