ulekmayangmayangdiulek

blog ini diwujudkan untuk menceritakan apa yang terlintas dihati untuk dikongsi

Jumaat, 14 Disember 2012

'Anak' Haron Din ditahan

Shah Alam: Polis menahan seorang lelaki berhubung kes menyamar anak pengamal perubatan Islam, Datuk Dr Haron Din, semalam. 

Suspek berusia 28 tahun itu dipercayai mendakwa mewarisi ilmu perubatan Islam bagi memperdaya golongan kaya sejak setahun lalu. Lelaki itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan jam 9.30 malam di Seksyen 13, di sini, selepas mangsa berpakat dengan polis termasuk wartawan memerangkapnya di rumah berkenaan. 

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan sabit kesalahan boleh dihukum maksimum 10 tahun penjara dan sebatan serta boleh didenda. 
Suspek juga mempunyai rekod waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya daripada Mahkamah Majistret Klang kerana gagal hadir perbicaraan kes penipuan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang dianggarkan berjumlah lebih RM300,000. 
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, ketika dihubungi berkata, suspek kini direman sehingga perbicaraan kes penipuan di Mahkamah Majistret Klang selesai. 
Suspek terperangkap apabila mangsa yang juga pengusaha pusat kecantikan dan produk kecantikan yang hanya mahu dikenali sebagai Tina, 46, menunggu kedatangannya yang mahu menjual batu petir azimat kononnya untuk melindungi rumah mangsa daripada sihir. Suspek mengarahkan Tina menyediakan wang tunai berjumlah RM4,400 dengan alasan RM400 akan disalurkan kepada Haron sebagai upah manakala baki RM4,000 pula akan didermakan kepada anak yatim. 
Mengesyaki ada suatu yang tidak kena dengan urusan itu, mangsa berpakat dengan tiga lagi individu yang pernah menjadi mangsa bagi meminta suspek datang ke rumah. 
Suspek mendakwa dia anak Haron Din dan pengamal perubatan Islam itu hanya akan merawat mereka jika kami membeli batu petir berkenaan, katanya.



Dicatat oleh Unknown di 11:24 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Pengikut

Arkib Blog

  • ►  2014 (7)
    • ►  Jun (7)
  • ►  2013 (13)
    • ►  Disember (2)
    • ►  September (1)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (3)
  • ▼  2012 (61)
    • ▼  Disember (23)
      • KEIKLASAN HATI
      • KEDAI BARANGAN ASLI TERENGGANU ONLINE
      • PERSAHABATAN
      • KUNJUNGI KEDAI BARANGAN ASLI TERENGGANU ONLINE
      • AKU WANITA TAK SEMPURNA
      • Ketulusan Membuatkan Segalanya Bererti
      • KUNJUNGI KEDAI ONLINE KAMI
      • LUAHKAN CINTA...
      • ULEKMAYANG BERWAJAH BARU
      • TIADA GANGGUAN LAGI...
      • HOSPITAL SERDANG OH HOSPITAL SERDANG
      • 'Anak' Haron Din ditahan
      • DAPAT KETENANGAN
      • BERBALUT KEKURANGAN
      • BERLARI DI DERASNYA HUJAN
      • DIA BUKAN MILIKKU LAGI
      • BERAKHIRNYA SATU PERJALANAN CERITA CINTA
      • CINTA TIDAK SEMESTINYA BERSATU...
      • Tanah Suci dan jubah putih
      • Perogol bersiri hadapi 7 tuduhan
      • Mangsa cabul, rogol perlu diberi kaunseling
      • SEMOGA IANYA BUKAN SEKADAR PENANTIAN
      • KADANG KALA KITA TERPAKSA REDHA
    • ►  November (7)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (9)
    • ►  Julai (13)

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular

  • PERMOHONAN PEMBATALAN/PERLEPASAN KONTRAK BAGI PELAJAR TAJAAN JPA DALAM NEGARA
    untuk mendapatkan perlepasan kontrak bagi pelajar bekas tajaan JPA terutamanya dalam negara. Prosedurnya sangat mudah. Pelajar hanya perlu m...
  • PERMOHONAN PEMBATALAN/PERLEPASAN KONTRAK BAGI PELAJAR TAJAAN JPA DALAM NEGARA
    Untuk mendapatkan perlepasan kontrak bagi pelajar bekas tajaan JPA terutamanya dalam negara. Prosedurnya sangat mudah. Pelajar hanya perlu ...
  • (tiada tajuk)
    Petua Untuk Temuduga Lelaki Rambut hendaklah disisir rapi dan berminyak supaya kelihatan lebih kemas. Pemilihan tali leher bergantung ...
  • BERLARI DI DERASNYA HUJAN
    AKU INGIN BERLARI BERSAMA DERASNYA HUJAN....AGAR TIADA YANG MENGETAHUI BAHAWA AKU SEDANG MENANGIS... 
  • Tanah Suci dan jubah putih
    alangkah indah kalau dapat memakai jubah putih pembelian bakal suami di tanah suci untuk majlis akad nikah...sesuatu yang pernah menjadi i...
  • ILLUMINATI, ATAU ILUSI HATI?
    Bulan Julai 2012, bulan yang mulia, bulan bermulanya Ramadhan al-Mubarak. Ia juga bulan temasya Sukan Olimpik London 2012.  Mung...
  • TIADA GANGGUAN LAGI...
    HEHEHE...lega giler sejak beberapa minggu ni dapat wat pelbagai kerja dan siapkan byk kerja sebab x perlu layan orang datang melepak n sem...
  • KAD DISKAUN SISWA LEBIH MEMBANTU BERBANDING BAUCER BUKU
    SALAM keputusan kerajaan untuk membantu para mahasiswa universiti tempatan agar beban sebagai seorang mahasiswa ataupun "pejuang...
  • DIA BUKAN MILIKKU LAGI
    Seandainya telah engkau takdirkan............. Dia bukan milikku ya Allah.......... Seandainya telah engkau takdirkan............. D...
  • KESIMPULANYA BLOG AKU JADI BLOG COPY PASTE JUGAK!!!!!! NAK WAT MCM MANA AKU BACA PAPAE YANG MENARIK THEN AKU COPY KAT SINI.....HEHEHEHEHHE

Mengenai Saya

Unknown
Lihat profil lengkap saya
Tema Awang-gemawang. Imej tema oleh GelatoPlus. Dikuasakan oleh Blogger.